Tarikh : 28 November 2024
Masa :7.30am – 8.30 am
Tempat :Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu
Peserta : 195 orang
Tujuan :
Menyampaikan taklimat keselamatan penggunaan internet dan mempromosikan keahlian NADI secara percuma kepada guru dan para pelajar.
Aktiviti :
Taklimat kesedaran mengenai keselamatan semasa menggunakan internet telah disampaikan oleh petugas NADI kepada pelajar dan guru. Penerangan mengenai NADI, fungsi NADI dan perkhidmatan yang disediakan di NADI disampaikan kepada guru dan pelajar. Kesemua guru dan para pelajar telah didaftarkan sebagai ahli NADI secara percuma.