mcmc
Jadual Latihan & Aktiviti

Penerbitan

MENYELAM AIR DEMI KOMUNIKASI UNTUK SEMUA

–  Nak tahu bagaimanakah perkhidmatan komunikasi diperluaskan di kawasan pedalam tegar di Malaysia?

Untuk kali pertamanya, satu video pendek bertajuk ‘Komunikasi Untuk Semua’ sedang dalam pembikinan dan bakal diterbitkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tontonan umum.

Video pendek ini berkisar tentang inisiatif Perluasan Liputan Selular yang merupakan inisiatif kerajaan melalui MCMC untuk menambahbaik liputan selular melalui pembinaan Menara komunikasi baru di kawasan kurang liputan di seluruh negara.

Pelbagai onak dan duri yang ditempuhi untuk membina Menara telekomunikasi di kawasan pedalaman tegar antaranya factor bentuk muka bumi, kesukaran pengangkutan bahan pembinaan menara ke tapak pembinaan dan ketidaktentuan cuaca yang boleh memperlahankan proses pelaksanaannya turut dikongsi bersama melalui video pendek terbitan MCMC ini.

Setelah siap pembinaan struktur Menara komunikasi, pemancar radio selular akan dipasang pada bahagian atas Menara. Kemudian proses Ujian Penerimaan Tapak (SAT – Site Acceptance Test ) akan dijalankan bagi menguji dan memeriksa Menara telekomunikasi dan peralatannya menepati piawaian yang ditetapkan.

Akhirnya, Menara telekomunikasi yang telah siap dibina boleh berfungsi untuk menawarkan perkhidmatan 2G mahupun 3G kepada masyarakat setempat.   

 

TAHUKAH ANDA?

2G bermaksud Rangkaian Tanpa Wayar Generasi Kedua (Second-Generation Wireless Network). Ia digunakan untuk penggilan suara melalui isyarat digital di Malaysia

3G bermaksud Rangkaian Tanpa Wayar Generasi Ketiga (Third-Generation Wireless Network). Ia digunakan untuk panggilan video, suara dan data.