Pelancongan & Tempat Bersejarah

Lata Dinding

44178801 1744533132339306 6567635548322660352 n

Bagi peminat aktiviti rekreasi dan jalan lasak, lokasi Lata Dinding atau turut dikenali sebagai Jeram Cermin yang terletak di dalam Hutan Simpan Kenaboi (Taman Negeri Kenaboi), Jelebu, Negeri Sembilan perlu menjadi salah satu pilihan utama dalam pelaksanaan perancangan aktiviti anda. Lata Dinding adalah destinasi yang sangat bertepatan untuk melakukan aktiviti perkhemahan, berkelah dan menghabiskan masa dengan alam semula jadi. Untuk masuk atau berkhemah di Lata Dinding, anda perlu memohon permit yang berharga kira-kira RM5 dari Pejabat Hutan Daerah, Negeri Sembilan. Perjalanan ke destinasi Lata Dinding mengambil masa selama 1 jam perjalanan menaiki kenderaan pacuan empat roda melalui laluan “off road” yang mencabar dan 5 jam jika berjalan kaki. Keindahan dan kedamaian di Lata Dinding ini pasti menggamit anda untuk kembali lagi ke sini dan pengalaman yang tidak mungkin anda lupakan sampai bila-bila.

Alamat: Taman Negeri Kenaboi, Jln Kampung Ulu Kenaboi, 71650 Jelebu Malaysia

Sumber rujukan:

https://www.tripadvisor.com.my/LocationPhotoDirectLink-g3801260-d16393809-i377435182-Taman_Negeri_Kenaboi-Kampung_Jelebu_Negeri_Sembilan.html

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1744532912339328&type=3&comment_id=1745620978897188&comment_tracking=%7B”tn”%3A”R”%7D

https://ru-ru.facebook.com/MDJelebu/videos/majlis-daerah-jelebu-telah-menganjurkan-lawatan-ke-jeram-dinding-taman-negeri-ke/240983863569806/

 

Video Disini 

 

 44294085 1744532962339323 465920345782616064 n fb img 1502969141525

fb img 1502969153603 img20170915131239 largejpg img20170915164349 largejpg