Pelancongan & Tempat Bersejarah

Kuala Klawang Recreation and Equestrian Centre (K.K.R.E.C)

934859 305816796273848 2316429594780286806 n

Menunggang kuda adalah pengalaman menyeronokkan kepada mereka yang sukakan cabaran, namun tidak ramai berpeluang mencubanya kerana kemudahan terhad dan tanggapan bahawa aktiviti itu memerlukan kos mahal. Ironinya, berkuda bukan sekadar menyihatkan mental dan fizikal, malah mendisiplinkan diri dalam kehidupan seharian kerana bukan mudah mendekati seekor haiwan yang sifat semula jadinya kasar, liar dan kuat. Lebih menarik, aktiviti berkuda menjadi terapi penyembuhan pelbagai penyakit dan masalah seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme dan sindrom down. Sukan berkuda boleh dijadikan sebagai aktiviti keluarga sambil meluangkan masa bermesra dan berinteraksi dengan haiwan berkenaan. Kuala Klawang Recreation and Equestrian Centre (K.K.R.E.C) adalah satu-satunya tempat rekreasi kuda yang ada di Jelebu. K.K.R.E.C juga turut menawarkan pakej yang bersesuaian untuk pengunjung, “from zero to hero”. Jika anda berkelapangan, bolehlah berkunjung ke K.K.R.E.C beramai-ramai dan pastinya K.K.R.E.C akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk setiap yang datang.

 

Alamat            : Lot 2207 Ulu Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia

Hari                 : Selasa – Ahad (Isnin tutup)

Masa operasi  : 8.00 am – 11.30 am

                        : 2.30 pm – 7.00 pm

Facebook        : https://www.facebook.com/Kuala-Klawang-Recreation-Equestrian-Centre-251094178412777/

 

Sebarang urusan, boleh hubungi:

Zalina  : 017-227 9902

Zamari : 011-1281 9092

Nizam  : 012-668 3541

Wan     : 017-632 5142

 

 10300037 254303088091886 6055581269095098215 n 10346380 271012159754312 7548733282827633443 n

10352253 305815539607307 5488474970649281960 n 10530689 272727756249419 3640229216077661614 n 10553636 272728029582725 8427751392554987244 n