mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Smart Service Quarter 2 (3) 2025

Nama                            : Mohd Faiz Bin Mohd Kamil

Umur                            : 40 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2024

Latar belakang

Mohd Faiz merupakan seorang Usahawan kerepek pisang yang sering berkunjung ke NADI Kuala Klawang. Jarak rumah beliau dengan NADI adalah dalam sekitar 15 kilometer.

Sebelum penglibatan Program Perkhidmatan Pintar NADI

Sebelum terlibat dengan aktiviti di NADI, Mohd Faiz merupakan Usahawan yang sering menggunakan perkhidmatan disini.Beliau belum berapa mahir ilmu keusahawanan seperti cara menjualdan content  di Tiktok. Mohd Faiz sering berkunjung ke NADI bersama dengan anak dan isterinya.

Selepas Program Perkhidmatan Pintar NADI

Selepas menyertai program NADI Preneur, Mohd Faiz menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajarinya. Mereka akan hadir pada setiap sesi pembelajaran diadakan. Kini, Mohd Faiz giat belajar hingga tersenarai antara Usahawan terpilih menyertai Latihan Niaga Nadi: Live & Laris Di  Tiktok Shop 2025 dan menyertai Bootcamp Ikon Usahawan NADI Negeri Sembilan.