mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SMART SERVICE Q3 2025

Nama                            : Syed Eiman Zulhazriq

Umur                            : 16 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2024

Latar belakang

Syed Eiman ZUlhazriq merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang sering berkunjung ke NADI Kuala Klawang. Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Syed Ali Al-Jufri. Beliau merupakan seorang pelajar tingkatan 4 yang sangat aktif.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum terlibat dengan aktiviti di NADI, Syed EIman  sekadar belajar di sekolah sahaja tanpa mendapat tuisyen luar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menyertai program Dilea, Syed Eiman telah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajarinya. Beliau sangat komited dan akan hadir pada setiap sesi pembelajaran diadakan. Kini, Syed Eiman telah pandai menggunakan komputer dengan baik dan telah menunjukkan peningkatan dalam pembelajarannya.