23 June 2024
Nama : Amir Hamzah bin Mohd Idris
Umur : 42 tahun
Tahun menjadi Ahli PIK: 2023
Bentuk Perniagaan :
Menjalankan aneka perniagaan surprise delivery, sambal dan susu Glucerna.
Latar belakang
En. Amir merupakan seorang usahawan OKU yang giat membangunkan diri. Beliau sendiri memang terlibat dalam bidang catering. Namun cuma belajar sendiri dan secara suka suka.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penggunaan terlibat dengan NADI, Amir menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjalankan jualan dalam kalangan rakan- rakan, jiran dan saudara mara sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas menyertai Program Mahir Masak dan Keusahawanan Cohort 1, En .Amir kini semakin kreatif dengan ilmu yang diperolehinya. Beliau juga mula aktif berjual di pelbagai platform selepas menimba banyak ilmu dari pelatih professional NADI.