mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT Quarter 1 2025

23 June 2024

Nama                            : Syed Eiman Zulhazriq Bin Sayd Zulkifley

Umur                            : 16 tahun

Tahun menjadi Ahli PI: 2024

Latar belakang

Syed Eiman merupakan seorang pelajar tingkatan 4 yang sangat rajin dan tekun belajar. Beliau merupakan pelajar di Sekolah Menengah Dato Undang Musa Al-Haj. Jarak sekolah beliau dengan NADI adalah dalam sekitar 5 kilometer. Syed Eiman merupakan ahli NADI yang sering kali datang berkunjung ke NADI dan melibatkan dirinya dalam program yang disediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum terlibat dengan aktiviti di NADI, Syed Eiman  merupakan seorang yang agak pemalu dan sukar untuk bergaul dengan orang sekeliling. Beliau juga tidak terlalu mahir dalam menggunakan komputer. Oleh itu, ibunya telah menghantar beliau ke NADI untuk menyertai kelas Mahir Baiki Gajet dan juga Kelas Dilea Bagi Tingkatan 4.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menyertai Program Mahir Baiki Gajet dan Kelas Dilea Tingkatan 4, Syed Eiman kini semakin berani untuk bertanya soalan dan mampu untuk menggunakan komputer dengan sendiri tanpa perlu dibantu petugas. Beliau juga semakin aktif semasa menyertai kelas mahir serta bersemangat menghadiri setiap Kelas Dilea yang disertai di NADI.