PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG TERIANG
Lokasi : Kampung Teriang
MAHKAMAH MAJISTRET JELEBU
71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan Darul Khusus
No Tel : 06-61366233
No Faks : 06-6136233
email : jelebu@kehakiman.gov.my
KEMUDAHAN MASJID & SURAU DI KG TERIANG
GYM DAERAH JELEBU
Gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti sukan, rekreasi dan riadah mula menjadi keutamaan dan mendapat perhatian serius di kalangan masyarakat di negara ini.Maka tidak hairan jika kini, kerajaan mula mengambil langkah proaktif bagi menerapkan amalan gaya hidup sihat di negara ini termasuk menyediakan kemudahan seperti padang futsal, gelanggang badminton dan Gym Daerah Jelebu.
Begitu juga masyarakat di Jelebu yang menggunakan sebaik mungkin kemudahan disediakan kerajaan iaitu Gym Daerah Jelebu yang telah dibuka sejak 2009. Menurut Pengerusi Kelab Gym Daerah Jelebu, Muhammad Nur Hairizam Mohd. Yusof, langkah kerajaan menyediakan gimnasium tersebut telah memberi manfaat yang besar kepada rakyat.
Beliau berkata, masyarakat perlu peka dalam soal kesihatan mereka kerana badan yang sihat mampu meningkatkan produktiviti dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. “Kemudahan gimnasium ini ternyata memberi banyak kesan positif terutamanya dalam soal kesihatan memandangkan kekurangan aktiviti fizikal sering menjadi punca penyakit serta mengundang masalah obesiti,” katanya ketika ditemui di Kuala Klawang dekat sini baru-baru ini. Sementara itu, Timbalan Pengerusi kelab berkenaan, Fararuradzi Jalil berkata, sejak gimnasium tersebut mula beroperasi, sambutan masyarakat setempat sangat memberangsangkan. “Tambahan pula, kini kita telah melaksanakan Ladies day pada setiap hari Khamis khusus untuk kaum wanita. “Sambutan yang diterima daripada kaum wanita sangat baik kerana ia memberi keselesaan kepada mereka untuk melakukan aktiviti senaman,” ujarnya. Menurutnya, kelab itu turut mengadakan aktiviti lain seperti pertandingan mencipta logo untuk gimnasium itu yang dapat memperkenalkan ia kepada rakyat. Katanya, pihaknya berharap dapat mengumpulkan komuniti setempat daripada pelbagai bangsa dan latar belakang dan memperhebatkan promosi kesedaran penjagaan kesihatan.
SUMBER : http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/negeri-sembilan
PERKHIDMATAN PERBANKAN DI PEKAN KUALA KLAWANG
ALAMAT : 121, JALAN KEYSER,WISMA UMNO, JALAN DATO’ MOYANG SALLEH,
71600 KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN
NO.TEL : 06-6139397
NO.FAKS : 06-6137660
ALAMAT : 86, TAMAN JELEBU TENGAH, 71600,KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN
NO. TEL : 06-6137595
ALAMAT : 128A & 128B, JALAN SYED ALI, 71600,KUALA KLAWANG, JELEBU, NEGERI SEMBILAN
NO.TEL : 06-6136925 , 06-6136926
NO.FAKS : 06-6137110
E-MAIL : customerservice@publicbank.com.my
URL : http://www.pbebank.com
ALAMAT :NO. 201 ,JALAN SIMPANG PERTANG,71600 ,KUALA KLAWANG ,NEGERI SEMBILAN.
NO.TEL : 06-6137022
E-MAIL : servicemanager@bsn.com.my
URL : http://www.bsn.com.my/
SERBA LENGKAP
Tiada yang tidak lengkap di Kampung Kuala Klawang dan sekitarnya. Apatah lagi ia terletak bersebelahan dengan Pekan Kuala Klawang yang menjadi pusat pentadbiran Daerah Jelebu. Dengan segala kemudahan yang lengkap tersedia, penduduk di Kampung Kuala Klawang harus bersyukur dengan apa yang mereka miliki hari ini.
Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah Kompleks Pentadbiran Daerah yang menempatkan beberapa badan kerajaan yang memudahkan penduduk setempat membuat sebarang laporan mahupun permohonan.
Bangunan kompleks pentadbiran ini menempatkan hampir semua pejabat-pejabat kerajaan seperti Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, Pejabat Agama, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan sebagainya. Pejabat JKR Daerah berada di tingkat dua kompleks ini dan memenuhi keseluruhan ruang sayap kiri kompleks tersebut.
Tiga komponen utama JKR Daerah Jelebu ialah Bahagian Pentadbiran, Bangunan dan Jalan yang bertanggungjawab membantu Pejabat Daerah membangunkan Daerah Jelebu. JKR memainkan peranan sebagai organisasi kerajaan yang bertanggungjawab membina, membaiki dan menaik taraf jalan, jambatan, membina bangunan-bangunan kerajaan seperti sekolah-sekolah, hospital, balai polis, rumah kediaman kerajaan dan sebagainya.
Selain daripada Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu, kemudahan lain juga dapat dinikmati di setiap kawasan yang berhampiran. Dengan adanya jalan raya yang selesa dan pengangkutan awam yang memudahkan pengangkutan penduduk setempat, ia juga memberikan kemudahan kepada pelancong yang datang ke Jelebu untuk sampai ke destinasi pelancongan dengan lebih senang.
MINI STADIUM KUALA KLAWANG
Mini stadium dengan bumbung podium bercirikan senibina Minangkabau
Pembinaaan Mini Stadium yang telah siap dibina pada bulan Ogos 2007 bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-50. Berkonsepkan kesinambungan warisan yang mengekalkan ciri-ciri Minangkabau sebagai imej utama, ia bukan sahaja bakal memberi keselesaan kepada orang ramai malah memberi kebanggaan kepada warga Jelebu di atas pembinaannya.
KAWASAN RIADAH
SIHAT MELALUI SENAMAN DAN BERIADAH
Otak yang cergas bermula daripada badan yang sihat. Salah satu cara yang boleh dipraktikkan untuk mendapatkan anggota badan yang sihat adalah dengan melakukan senaman. Bagi penduduk di sekitar Kuala Klawang, mereka bertuah kerana segala kemudahan beriadah tersedia untuk kegunaan bersama.
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah menyediakan gelanggang pelbagai guna di tengah Pekan Kuala Klawang. Dengan adanya gelanggang ini, sesiapa pun boleh beriadah pada bila-bila masa. Selain daripada gelanggang pelbagai guna, masyarakat di sekitar Kuala Klawang juga boleh bersiar-siar di taman permainan yang terletak berhadapan dengan Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu. Malah di sini juga terdapat Padang Awam Majlis Daerah yang sudah siap dibina dan akan dibuka pada bila-bila masa sahaja. Padang ini terletak di tengah-tengah Pekan Kuala Klawang.
PENGANGKUTAN AWAM
Semua pengunjung yang ingin ke Daerah Jelebu boleh menggunakan perkhidmatan bas awam dan teksi. |
* Bas Awam |
Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan bas awam CityLiner dari Bandar Seremban ke Kuala Klawang dengan menaiki bas dari Terminal 1 di platform bernombor 13, dengan kadar tambang sebanyak RM4.30 dan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Pekan Kuala Klawang (Jelebu). Perkhidmatan ini juga meliputi seluruh kawasan iaitu Bandar Kuala Klawang sehingga Pekan Titi. Perkhidmatan bas bermula jam 6.00 pagi sehingga 7.00 malam. |
* Teksi |
Perkhidmatan teksi juga boleh didapati di Jelebu bemula jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Kadar tambang adalah mengikut jauh perjalanan yang dikehendaki penumpang |
PERHENTIAN BAS KUALA KLAWANG