Pelancongan & Tempat Bersejarah

Jeram Sungai Pah

IMG 20201009 142145

JELEBU, Negeri Sembilan mempunyai banyak tempat menarik untuk percutian santai bersama keluarga atau rakan, selain lokasi ini mampu menarik pelancong dan penduduk setempat untuk meneroka kehijauan alam semula jadi di daerah ini khususnya di Jeram Sungai Pah. Untuk ke sana, anda boleh menaiki kenderaan biasa iaitu motorsikal atau kereta. Dari Kuala Klawang, perjalanan ke Jeram Sungai Pah mengambil masa kira-kira 15 minit dengan jarak lebih kurang 10 kilometer sahaja dan anda mudah mengesan lokasi ini kerana Jeram Sungai Pah berdekatan dengan Masjid Kariah Sungai Pah. Memang seronok sebenarnya apabila dapat meraduk air sungai yang masih lagi jernih biarpun dasarnya dipenuhi batu dan pasir sehingga memperlahankan pergerakan di dalam air. Anda pasti terpesona dengan kedamaian alam sekitar dan pemandangan cantik di situ dan jika sesiapa berhasrat untuk menghabiskan masa bersama keluarga, Jeram Sungai Pah dapat memenuhi keinginan anda sekeluarga.

Alamat: Peradong, 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

Sumber rujukan:

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.848299918606452.1073741831.100002793546122&type=3

https://www.facebook.com/pages/Jeram-Sungai-Pah/210713079696148

https://malaysiaplaces.net/Jeram-Sungai-Pah-Peradong-202515903151335/

 

 IMG 20201009 142207 IMG 20201009 142055 1

IMG 20201009 142300 IMG 20201009 142405 IMG 20201009 142925