Pelancongan & Tempat Bersejarah

Drmind Farm

25592026 706140859585274 8042345096129198095 n

Drmind Farm, sebuah rumah tamu yang selesa di pinggir hutan dan terletak di Lorong Ulu Renai, Kampung Peradong, Jelebu. Semua penginapan Drmind Farm dibuat dari buluh. Setiap bilik hanya dilengkapi dengan pengudaraan semula jadi, cahaya matahari secara langsung dan dikelilingi pemandangan semulajadi tetapi pengunjung jangan risau, setiap bilik turut dilengkapi kipas siling.  Terdapat juga tempat tidur gantung (hammock) untuk tidur yang lebih santai atau khemah bagi mereka yang gemarkan suasana yang lebih mencabar.  Kemudahan seperti  kafe, WiFi percuma di kawasan awam serta ke semua bilik dan tempat letak kenderaan percuma juga disediakan. Kemudahan lain yang turut ada termasuklah kemudahan dobi , perkhidmatan bilik (semasa waktu terhad), air botol percuma, bilik mandi yang dilengkapi pancuran mandian dan lain-lain lagi. Antara aktiviti rekreasi yang terdapat di sini adalah seperti sewa basikal,’barbeque grill’, berkelah di kawasan air terjun dan kebun tanaman organik. Sesuai untuk kunjungan keluarga dan Drmind Farm menyediakan pakej yang berpatutan. Bagi mereka yang ingin keluar dari kesibukan kerja seharian atau ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, Drmind Farm adalah salah satu destinasi yang perlu ada dalam senarai perancangan percutian anda.

 

Alamat              : Lot 2056, Lorong Ulu Renai, Bt 4 ¾ Kampung Peradong, Titi, Negeri Sembilan

Instagram         : drmind173

Facebook         : https://www.facebook.com/clarice173/

                         : https://www.facebook.com/sling.chia

                         : https://www.facebook.com/drmind173

No. telefon       : 012-367 1173

Emel                : slchia101@gmail.com

 

Website:

http://sqleadership.blogspot.my

 

https://www.expedia.com.my/Kuala-Klawang-Hotels-Drmind-Farm.h23147842.Hotel-Information?

chkin=22%2F09%2F2019&chkout=23%2F09%2F2019&regionId=6343129&destination=Kuala+Klawang%2C+

Negeri+Sembilan%2C+Malaysia&swpToggleOn=true&selected=23147842&

rm1=a2&x_pwa=1&sort=recommended&rfrr=HSR&pwa_ts=1569119983017

 

 26167509 708907012641992 7295917778302682905 n 62151366 1025282511004439 3449920811085856768 n

26112196 708406706025356 192787072137111929 n 29214899 745666398966053 5631587862485260995 n 29258117 745666378966055 7189782401419745761 n

38742185 841092739423418 2731205828496326656 n 36838636 812727982259894 8715187073985806336 n 40441553 863867833812575 82600196856348672 n