Tarikh : 8 Jun 2022 (Rabu) Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 10 orang |
Tujuan :
- Untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa bahayanya alat elektronik yang tiada label MCMC serta mengajar dan memudahkan peniaga dalam urusan mendaftar akaun Perkeso
Aktiviti :
- Perkongsian video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=i30ENHT6tmU
ini menceritakan tentang bagaimana dengan sewenangnya menggunakan barang elektronik yang tiada label MCMC. Hal ini mungkin nampak remeh, namun kesannya sangatlah besar. Alat elektronik yang tiada label MCMC dikhuatiri berbahaya dan mudah rosak. Seperti di video, kita dapat lihat alat elektronik itu hilang talian internet dan rosak apabila digunaka serta pengenalan mendaftar akaun Perkeso kepada peniaga pada pautan https://www.youtube.com/watch?v=RCEkzaBst1s adalah video tutorial yang menerangkan tatacara mendaftar akaun. Banyak insentif kerajaan untuk membantu peniaga kini. Kini, peniaga boleh membuat pendaftaran dan bayaran caruman dibawah skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri secara atas talian. Kelayakan warganegara Malaysia atau pemastautin tetap serta individu yang menjalakan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.Dokumen yang diperlukan adalah salinan Kad Pengenalan dan salinan kad psv /profil ehailing/permit/lesen/sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk pada jenis sektor yang dipilih.Pembayaran caruma boleh dibuat secara bulanan atau tahunan melalui pejabat perkeso atau perbankan atas talian.