PROGRAM PELEPASAN BENIH IKAN KE KOLAM
16 Ogos 2016 (Selasa) jam 10.00 pg bertempat di Sungai Limau, Kampung Esok: YB Dato’ Haji Yunus bin Rahmat hadir ke Program Pelepasan Benih Ikan ke Kolam dan Sungai anjuran Pejabat Perikanan Daerah Jelebu.
SUMBER : https://www.facebook.com/profile.php?id=100007812465641&fref=ts
Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Peringkat Negeri Sembilan
16 Jun 2016 (Khamis) jam 9.00 pagi bertempat di Pasar Awam Kuala Klawang: YB Dato’ Haji Yunus bin Rahmat hadir ke Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Peringkat Negeri Sembilan disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Abu Ubaidah bin Dato’ Haji Redza, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan.
SUMBER : https://www.facebook.com/profile.php?id=100007812465641
Seminar Usahawan Gamat Negeri sembilan
15 Mei 2016(Ahad) jam 4.30 petang bertempat di Yayasan Budi Kuala Klawang: YB Dato’ Haji Yunus bin Rahmat hadir dan menyempurnakan perasmian penutup Seminar Usahawan Gamat NS bersama Biro Ekonomi UMNO Bahagian Jelebu.
SUMBER : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1736505579953174&id=100007812465641
JELEBU ANJUR MINGGU KEHARMONIAN ANTARA PENGANUT AGAMA
JELEBU 15 APRIL – Sambutan Minggu keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di daerah ini baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan dan Integrasi Nasional negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, sambutan itu merupakan pengiktirafan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri terhadap keharmonian hidup masyarakat di daerah ini.
“Ini juga membuktikan bahawa penduduk Jelebu mengamalkan dasar toleransi yang tinggi dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Sambutan ini bertujuan mempromosikan keharmonian dan semangat muhibah antara semua lapisan masyarakat tanpa mengira kepercayaan agama. “Ia juga merupakan satu resolusi Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disambut selama seminggu di seluruh dunia,” jelasnya ketika merasmikan sambutan itu di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir, Ahli Dewan undangan Negeri klawang, Datuk Yunus Rahmat ; Pengarah Jabatan Perpaduan negara dan Integrasi Nasional negeri, Safidah Abu Samah; pengarah Hospital daerah Jelbu, Dr. Sarina Sidek dan Pengawai Perpaduan Daerah Jelebu, Tuan Asmarawati Tuan Nor. Ismail berkata, program dialog antara agama mampu mengelakkan salah paham antara penganut agama serta dapat membincangkan peranan masyarakat dalam mencapai keamanan.
“Semua agama menyeru penganutnya supaya membuat kebaikan dan kita tidak sepatutnya melabel atau membandingkan fahaman masing-masing. Isu keganasan yang berlaku banyak berpunca daripada fahaman songsang kumpulan pelampau agama tertentu. Ia merupakan salah manusia dan bukannya agama,” katanya.
MAJLIS PERASMIAN PUBLISITI RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JELEBU 2030
Majlis Perasmian Publisiti Awal Rancangan Tempatan Daerah Jelebu 2030 (Penggantian) dirasmikan oleh Y.B Dato’ Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Exco N.Sembilan Darul Khusus bertempat di Dewan D’SURY Kuala Klawang.
PERAYAAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KUALA KLAWANG
Pada 11 Februari 2016 yang lalu, telah diadakan mini sambutan perayaan Tahun Baru Cina di kawasan Pusat Internet 1Malaysia Kuala Klawang. Melalui sambutan ini masyarakat berbilang kaum dapat menyaksikan keunikkan perayaan tersebut.
PROGRAM SUKAN RAKYAT ( SUKANEKA )
ANJURAN :
JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG TERIANG
DIRASMIKAN OLEH :
YB. DATO’ HAJI ZAINUDIN HJ ISMAIL
( AHLI PARLIMEN JELEBU )
TARIKH : 27 DISEMBER 2015 (AHAD)
MASA : 7.30 PAGI – 6.00 PETANG
TEMPAT :KOMPLEKS SUKAN KG TERIANG (PADANG TERIANG)
International Dangkong Dance Festival XI Kabupaten Karimun, Indonesia
Kuala Klawang, Jelebu – 20 Oktober 2015, Majlis Kebudayaan Daerah Jelebu diundang menyertai kegiatan festival bertaraf antarabangsa “International Dangkong Dance Festival XI Kabupaten Karimun, Indonesia” pada 16-18 Oktober 2015 bertempat di Panggung Rakyat Putri Kemuning Coastal Area, Kabupaten Karimun, Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia. Selain Malaysia, lain-lain negara yang turut serta dalam festival ini adalah Singapura, Thailand dan Indonesia selaku tuan rumah.
Deligasi seni MKD yang menyertai festival ini adalah terdiri dari penari kebudayaan MKD, pengiat seni setempat, MKD dan pemuzik tradisional Daerah Jelebu. Tuan Khairy bin Maamor selaku Pengerusi MKD telah mengetuai deligasi ini.
Deligasi telah bertolak ke Pelabuhan Kukup, Pontian dengan menaiki bus sewa khas (Jabatan Kebudayaan NS) pada 16 Oktober 2015, hari Jumaat dan tiba di Karimun pada jam 8.00 pagi.
Kumpulan Tari MKD telah menampilkan persembahan kesenian pada sebelah malam sempena Majlis Perasmian International Dangkong Dance Festival XI dengan tajuk tarian “Tarian Tumbuk Kalang”.
Program yang telah dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar, pengiat seni dan pemimpin masyarakat melihat dan mempelajari keadaan di dunia luar yang boleh dijadikan contoh bagi memangkin semangat perjuangan masyarakat kearah kecemerlangan kebudayaan dan lain-lain perkara yang boleh memberi menafaat kepada semua pihak. Selain daripada mempereratkan jalinan silaturahim budaya melayu serumpun melalui saling bertukar budaya ia juga dapat melestarikan kesenian melayu sebagai khazanah budaya bangsa.
SUMBER : PEJABAT DAERAH & TANAH JELEBU
UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK
Seramai 350 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Daerah Jelebu telah menyertai Ujian Kemahiran Menembak RELA 2011 di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu di Taman Mawar pada 19 Mei 2011 yang lalu. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, YB Dato’ Siow Chen Pin, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Raja Norazli, Pegawai Khas ADUN Klawang, Zainal Jalami dan Pegawai RELA Daerah Jelebu, Leftenan Kolonel RELA Ibrahim Mohd Yusof. Menurut Ibrahim Mohd Yusof, program ini diadakan bagi menguji kecekapan anggota RELA mengendalikan senjata api di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan anggota, pemimpin kawasan dan masyarakat setempat.
Ibrahim Mohd Yusof memberitahu RELA Daerah Jelebu kini mempunyai seramai 95 orang anggota yang memegang senjata api ketika bertugas dan mereka ini dipilih berdasarkan kelayakan mereka mengendalikannya. Manakala selebihnya tidak mengendalikan senjata kerana tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Untuk menjadi seorang anggota RELA yang memegang senjata api, mereka perlu mengikuti kursus dan latihan menembak terlebih dahulu. Menurut Ibrahim Mohd Yusof, Ujian Kemahiran Menembak RELA 2011 diadakan secara pertandingan merebut Piala Pusingan Dato’ Seri Rais Yatim. Sehubungan dengan itu, lima kategori telah dipertandingkan antaranya kategori senjata Colt M16 individu, senapang patah individu, senapang patah Relawati, senjata Colt M16 Relawati dan kategori VIP iaitu menerusi jatuhan piring antara jabatan. Kesemua hadiah bagi setiap pemenang telah disampaikan oleh ADUN Chennah, YB Dato’ Siow Chen Pin.
CHENNAH TERIMA JALUR LEBAR
KUALA KLAWANG: Syarikat peneraju telekomunikasi bersepadu, Maxis Bhd (Maxis) mengukuhkan komitmen untuk memberi kehidupan lebih baik kepada penduduk luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan jalur lebar di Kampung Chennah, di sini sejak empat bulan lalu.
Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, berkata langkah itu bertujuan merapatkan jurang digital dan membawa teknologi baru kepada rakyat desa.
“Sebelum kita masuk ke kawasan ini, tiada sebarang akses. Kini penduduk kampung boleh mengakses seperti internet dan blog,” katanya pada sidang media selepas majlis Mesra Rakyat 1Malaysia Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Maxis dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Chennah di Kampung Chennah di sini, semalam.
Turut hadir, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Khalid Ramli; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, Datuk Siow Chin Pen serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan negeri dan Koperasi yang juga ADUN Klawang, Datuk Yunus Rahmat.
Pada majlis itu, Dr Rais turut melancarkan Program Cyberkids dan menyampaikan sijil teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada 10 peserta Program Maxis Bersama Komuniti dari Kampung Chennah dan Kuala Klawang anjuran Maxis, selain menyampaikan sebuah kerusi roda serta 40 sagu hati kepada keluarga kurang bernasib baik.
Sementara itu, jurulatih sepenuh masa Maxis di Kampung Chennah, Kamilia Abdullah, 45, berkata pihaknya sudah melatih kira-kira 20 orang dalam bidang ICT di Kampung Chennah, manakala 38 orang dari Kuala Klawang.
Pengerusi JKKK Kampung Chennah, Abd Rahman Ibun pula bersyukur dengan kemudahan yang disediakan oleh Maxis kerana ia dapat dimanfaatkan oleh kira-kira 130 rumah membabitkan 1,500 penduduk.
SUMBER : Berita Harian