Pelancongan & Tempat Bersejarah

Batu Peringatan Inggeris

75456876 2785314768148354 2819591359185289216 n

Batu Peringatan Inggeris atau Kuala Klawang Memorial ini terletak di atas bukit kecil iaitu Bukit Undang, di mana anda dapat melihat hampir keseluruhan pemandangan bandar Kuala Klawang. Terdapat tangki air lama dan besar yang mampu menampung takungan air sebanyak 38,600 gelen air. Kawasan ini telah dibangunkan dan lanskapnya telah jauh berbeza dari dulu bagi memberi kemudahan dan keselesaan untuk para pengunjung yang singgah ke sini.

Untuk ke sampai ke destinasi ini, anda hanya perlu mencari Balai Polis Kuala Klawang di sebelah kiri jika anda tiba di pusat bandar dari arah Seremban. Selepas melepasi balai polis anda perlu belok ke kiri yang mengarah ke masjid iaitu Masjid Jamek yang terletak di belakang balai polis dan berdekatan dengan tapak kediaman Dato Undang Abu Bakar Maamor. Anda boleh meletak kenderaan di luar masjid dan meneruskan pendakian anak tangga yang agak banyak untuk ke lokasi Batu Peringatan Inggeris ini.

Berikut adalah sejarah yang tercatat di cetakan batu tersebut:

“Tapak ini telah dibersihkan oleh orang-orang  Eropah, Melayu, Jawa, Cina, Tamil, India dan Singhalese di Jelebu sebagai tanda sanjungan dan taat setia yang tidak berbahagi kepada Yang Maha Mulia Ratu Great Britain dan Maharani India. Batu peringatan Inggeris Kuala Klawang Jelebu diasaskan secara bergotong-royong pada bulan Jun tahun 1807.

Batu Peringatan Kuala Klawang boleh dijadikan suatu lokasi yang mesti dikunjungi dan boleh dijadikan sebagai salah satu tempat lawatan ilmiah untuk semua pengunjung terutamanya kepada golongan muda.

 

Alamat: Kuala Klawang, 71600 Jelebu, Negeri Sembilan

Sumber rujukan:

https://www.malaysia-traveller.com/kuala-klawang-memorial.html

https://www.facebook.com/pages/Batu-Peringatan-Inggeris-Kuala-Klawang/204546667109568

 

 IMG 20191018 111704 IMG 20191018 111935

75585003 2785315058148325 4157545719965679616 n 74838429 2785315188148312 1582484870624444416 n IMG 20191018 113510