Restoren yang menyediakan pelbagai menu masakan yang pastinya menambat hati sesiapa yang berkunjung ke sini. Antara menu pilihan pelanggan adalah nasi goreng udang galah, mee goreng basah, mee hailam, mee goreng kering atau dikenali sebagai mee goreng mamak, nasi goreng ketam, nasi goreng ayam dan lain-lain lagi. Restoren Bani Corner ini terletak di No. 233, Jalan Baung Blok 10, Felda Pasoh 4, Simpang Pertang. Menggunakan konsep “citarasa 5 bintang tapi kami bagi anda harga kaki 5”, harga makanan sangat berpatutan dan berpadanan dengan rasanya. Untuk maklumat lanjut berkenaan restoren ini, boleh hubungi nombor di talian 011-1183 9814 atau boleh layari laman web facebook: https://www.facebook.com/BaniCorner-277395069555308/