Nama : Mohd Faiz Bin Mohd Kamil
Umur : 40 tahun
Tahun menjadi Ahli PI: 2024
Latar belakang
Mohd Faiz merupakan seorang Usahawan kerepek pisang yang sering berkunjung ke NADI Kuala Klawang. Jarak rumah beliau dengan NADI adalah dalam sekitar 15 kilometer.
Sebelum penglibatan Program Perkhidmatan Pintar NADI
Sebelum terlibat dengan aktiviti di NADI, Mohd Faiz merupakan Usahawan yang sering menggunakan perkhidmatan disini.Beliau belum berapa mahir ilmu keusahawanan seperti cara menjualdan content di Tiktok. Mohd Faiz sering berkunjung ke NADI bersama dengan anak dan isterinya.
Selepas Program Perkhidmatan Pintar NADI
Selepas menyertai program NADI Preneur, Mohd Faiz menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajarinya. Mereka akan hadir pada setiap sesi pembelajaran diadakan. Kini, Mohd Faiz giat belajar hingga tersenarai antara Usahawan terpilih menyertai Latihan Niaga Nadi: Live & Laris Di Tiktok Shop 2025 dan menyertai Bootcamp Ikon Usahawan NADI Negeri Sembilan.