Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah melaksanakan satu Gerakan #DigitalvsCovid bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Apa yang penting, penyelesaian yang diberikan itu selari dengan langkah-langkah seperti jarakan sosial, transaksi tanpa tunai dan penjagaan kebersihan diri pekerja bagi mengurangkan risiko terkena jangkitan COVID-19.