NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd. dan MSD Digital Intelligence.Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Internet sebagai lokasi untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolnet) klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyrakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Internet diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandunganya menjuruskan kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas,belia, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelacongan dan organisasi tempatan. Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :-
Lokasi NaDi Kuala Klawang
Waktu operasi NADI Kuala Klawang
Petugas NaDi Kuala Klawang
Pengurus (Athirah) / Penolong Pengurus (Rabiatul Addawiyah)
017 – 829 7560 / 016-6175842
NADI Kuala Klawang
No.45-B, Jln Triang, Kg. Petaling,
71600 Kuala Klawang,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Emel:
Portal: http://kualaklawang.pjk.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/NADIKualaKlawang?mibextid=ZbWKwL